Harimau Malaya vs Arab Saudi di Melbourne Feb. 2012

Thursday, December 15, 2011

Harimau Malaya terus menerima pelawaan untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dan yang terkini adalah menentang pasukan Arab Saudi di Melbourne, Australia pada 20 Februari depan.

Laman web Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memetik pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal sebagai berkata, pelawaan itu adalah satu pengiktirafan kepada pasukan bola sepak negara yang semakin mendapat perhatian daripada pasukan berkualiti lain.

"Pasukan Arab Saudi telah membuat pelawaan ini dan mereka bersedia untuk membiayai perbelanjaan ke Melbourne,” kata beliau.

Pasukan bola sepak Arab akan menentang Australia pada perlawanan akhir pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 pada 29 Februari. - BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI