Konsert Westlife Live In Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011,7 Okt 2011

Monday, August 15, 2011

Konsert Westlife Live In Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011

Pada 7 Oktober ini, Westlife akan menghiburkan peminat tegar mereka di Stadium Tertutup Putra, Bukit Jalil pada jam 8:30 malam.

Malaysia mempunyai tempat yang istimewa di hati anggota Westlife. Pada Jun 1999, apabila mereka memulakan jelajah promosi sulung mereka, Malaysia merupakan negara pertama yang mengalu-alukan kedatangan mereka.

Westlife kembali untuk kali keduanya pada November 1999 dan album pertama mereka terjual sebanyak 260,000 unit.

Konsert jelajah pertama mereka di Asia menyaksikan Westlife bermain di Arena of Stars, Genting. Malam itu, setiap ruang kosong dipenuhi dengan peminat mereka.

Album kedua mereka, yang mengandungi single "Uptown Girl", terjual sebanyak 240,000 unit. Sebagai sebahagian daripada promosi untuk album tersebut, mereka telah mengadakan sebuah konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mei 2001.

Tahun berikutnya, Westlife memilih Malaysia sebagai negara Asia pertama untuk melancarkan album 'greatest hits' mereka dengan sebuah konsert, 'Westlife Showcase & Soccer Extravaganza' di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Acara tersebut turut melihat mereka mengumpul dana untuk MAKNA (Malaysian Cancer Association of Malaysia).

Dan itu merupakan kali terakhir Westlife berkunjung ke Malaysia. Semestinya kehadiran mereka pada 7 Oktober ini, sempena pelancaran album terbaru, Gravity, dinanti-nantikan ramai.

Tiket konsert boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my&www.airasiaredtix.com atau melalui kedai Victoria Music, Guitar Store dan Rock Corner pada harga RM355, RM255, RM155 dan RM95.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Westlife di +603-78807999(Ticketpro) atau +603-87754666 (AirAsiaRedTix).

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI