GiatMara Bonus Raya: Setengah bulan gaji, minimum RM500

Sunday, August 14, 2011

Seramai 2,055 warga GiatMara akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 sempena sambutan Aidilfitri, kata Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Beliau berkata, bayaran bonus itu akan dibuat pada 19 Ogos ini membabitkan peruntukan RM2.5 juta.

"Bayaran setengah bulan gaji atau minimum sebanyak RM500 sebagai menghargai peranan dan jasa yang telah disumbangkan pegawai dan kakitangan dalam usaha meningkatkan peranan GiatMara,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, GiatMara bercadang membuka lebih banyak cawangan di perkampungan Orang Asli bagi membolehkan lebih ramai belia dan anak Orang Asli mendapat latihan kemahiran di GiatMara.

"Sehingga kini terdapat lebih 100 belia Orang Asli mengikuti pelbagai kursus dan latihan kemahiran di GiatMara seluruh negara,” kata Shahiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Dong. – Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI