Destinasi Bulan Madu Mizz Nina-Noh Hujan

Tuesday, July 05, 2011

1 Julai 2011 lalu, maka secara sahnya penyanyi popular, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman Hashim, 31, bergelar isteri kepada vokalis Hujan, Noh atau nama sebenarnya, Mohd Noh Salleh, 27.

Majlis akad nikah telah berlangsung pada sebelah pagi di kediaman keluarga Mizz Nina dan majlis resepsi diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan baik. Saya juga sangat bersyukur kerana segala-galanya berjalan lancar dengan kehendak Illahi", ujar anak kelima Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim ini. Tarikh akad nikah pasangan ini juga merupakan hari ulang tahun untuk Mizz Nina sendiri.

Selepas majlis akad nikah tersebut, pasangan suami isteri baru ini kemudian menjemput para tetamu untuk ucpacara merenjis sebelum beramah mesra dengan tetamu yang hadir.


Kelihatan anggun dengan busana baju kurung hitam putih dari Lady Jane, penyanyi lagu What You Waiting For bersama suaminya menghabiskan petang mereka bersama jemputan-jemputan istimewa.

Ditanya tentang sebarang perancangan keluarga, Mizz Nina sambil ketawa menyatakan: "Setakat ini belum ada sebarang perancangan lagi, tetapi jika rezeki Allah ingin mengurniakan anak secepat mungkin, saya memang sangat-sangat bersyukur.

"Saya dan Noh sebenarnya berhasrat untuk memfokuskan pada karier bagi dua tahun pertama usia perkahwinan kami ini. Ini kerana kalau boleh kami ingin kukuhkan dulu kewangan kami untuk masa depan anak-anak", tambah Mizz Nina lagi.

Mizz Nina dan Noh juga telah bersepakat untuk menyokong karier seni antara satu sama lain. "Penting untuk kami berdua berada di sisi masing-masing dalam mengharungi perjalanan seni yang penuh pancaroba ini," kata Mizz Nina lagi.

Menyentuh bab bulan madu pula, pasangan ini merancang untuk ke United Kingdom dan Rome, Itali sebelum ke Maldives dalam tempoh cuti dua minggu mereka.

"Cuti bulan madu ini penting selain sebagai detik indah bagi kami bergelar suami isteri, ia juga sebagai merehatkan minda dari tekanan kerjaya dan tekanan persiapan perkahwinan kami sebelum ini", jelas Mizz Nina.

Pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu dan majlis resepsi kedua khas untuk teman rapat, rakan industri dan rakan media pula akan diadakan 6 Julai ini di Double Tree Hilton, Kuala Lumpur.

Tema untuk majlis resepsi kedua ini adalah bercirikan budaya Jepun jelas Mizz Nina yang kini baru muncul dengan lagu terbarunya kolobrasi bersama Flo Rida, Takeover.

Dalam majlis resepsi itu, Mizz Nina akan mengenakan pakaian dari Michael Ong dan majlis tersebut akan diserikan lagi dengan persembahan khas dari Altimet, Misha Omar dan sebuah band dari Indonesia.

Mizz Nina dan Noh mula berkenalan pada satu majlis rumah terbuka raya pada 2009 dan mulai detik pertemuan itu, pasangan ini telah menjalin hubungan cinta yang kini berakhir di jinjang pelamin.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI