Showcase Dayang Nurfaizah- Sayang & Cahaya,Hard Rock Café Kuala Lumpur

Sunday, June 19, 2011

Bersempena dengan pelancaran album terbaru Dayang Nurfaizah, Sayang & Cahaya, Dayang akan mengadakan Persembahan ‘Sayang & Cahaya’ bertempat di Hard Rock Café Kuala Lumpur.

Showcase Dayang Nurfaizah- Sayang & Cahaya

Album Dayang, Sayang & Cahaya juga akan dijual pada hari persembahan ini dan pihak penganjur telah menyediakan satu minuman mocktail merah yang (tidak mengandungi alkohol) istimewa yang diberi nama khas, ‘Sayang & Cahaya’, pada showcase berkenaan di mana sebahagian dari jualan minuman mocktail merah istimewa ini pada hari tersebut akan disalurkan kepada Majlis AIDS Malaysia untuk menyuntik dana untuk meneruskan program-program Majlis yang sedia ada dalam membantu golongan yang terjejas oleh HIV/AIDS.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan Showcase Dayang – Sayang & Cahaya bertempat di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 2 Julai 2011, jam 4 petang. Bayaran masuk bagi showcase istimewa ini adalah RM50.00 (termasuk satu minuman mocktail merah Sayang & Cahaya).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hard Rock Cafe di talian 03-27155555.

Kredit: Budiey

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI