Majlis makan malam amal Simfoni Kasih Bersama Datuk Sharifah Aini Hapuslah Airmatamu

Saturday, June 11, 2011

Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Melaysia (Pertubuhan IRM) dan stesen Radio IKIMfm akan menganjurkan majlis makan malam amal Simfoni Kasih Bersama Datuk Sharifah Aini, bersempena dengan sambutan ulang tahun sedekad usia IKIMfm.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai majlis makan malam amal Simfoni Kasih itu boleh membuat tempahan secara online dengan melayari laman sesawang rasmi Pertubuhan IRM http://www.irmalaysia.org.my atau hubungi di talian 03-89485939 /019-3973558 (Farouq Zauji).

Majlis makan malam amal Simfoni Kasih Bersama Datuk Sharifah Aini

Penganjuran majlis itu bagi mengumpul dana untuk kebajikan khusus kepada golongan fakir miskin, anak yatim, golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal miskin melalui pelbagai program kelolaan Pertubuhan IRM.

Bertemakan Hapuslah Air Matamu”, kerjasama julung kalinya itu akan berlangsung pada 2 Julai 2011 bersamaan hari Sabtu, bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Majlis itu akan turut dihadiri tetamu kehormat iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Uniknya, pada majlis makan malam amal itu biduanita Datuk Sharifah Aini turut meraikan ulang tahun kelahirannya. Ini pastinya merupakan satu pengalaman yang pasti akan dikenang dalam karier beliau lebih 40 tahun bergelar anak seni.

Terdapat tiga bentuk meja yang dijual secara berkumpulan iaitu Platinium (RM5,000), Emas (RM3,000) dan Perak (RM2,000).

Selain itu, jualan meja turut dibuka untuk individu, di mana tiga peringkat kerusi ditawarkan iaitu; Platinium (RM500), Emas (RM300) dan Perak (RM200).

Makan malam amal itu turut menampilkan para juruhebah IKIMfm. Tetamu yang hadir akan berkesempatan beramah mesra dengan mereka. Majlis turut diselangi dengan slot keilmuan Bingkisan Ilmu.


0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI