Filem pendek antimerokok "Cinta Akhir" lakonan Liyana Jasmay

Monday, June 20, 2011

Liyana Jasmay Cinta Akhir


Sinopsis Cinta Akhir

Lisa sering menjual rokok-rokok berjenama di kelab malam sebagai sumber pencarian. AJ yang merupakan kawan baik Lisa merupakan penyanyi gig walaubagaimanapun tidak terlibat dengan tabiat merokok. Pada suatu hari Lisa didatangi oleh seorang penjual Handphone (lakonan Bob) tetapi Lisa tidak melayan pemuda tersebut kerana menganggap Bob menjual handphone curi.

Tanpa disangka-sangka Lisa dan Bob bertemu untuk kali kedua dalam satu insiden yang tidak disengajakan apabila Lisa ingin meminjam Lighter untuk merokok. Dari situ kisah percintaan Lisa dan Bob bermula. Apa yang menarik disini ialah Bob sering membawa lighter ke mana-mana walaupun Bob bukanlah seorang perokok dan ia melengkapkan hidup Lisa yang merupakan seorang perokok tegar.

Lisa menyedari yang Bob bukanlah seorang lelaki biasa. Beliau seorang pemuda yang bercita-cita tinggi. Malah Bob merupakan seorang pelajar sarjana yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan thesis. Lisa sangat kagum dengan bakat serba-boleh yang dimiliki oleh bob.

Di akhir kisah tersebut terdapat satu kejutan apabila Bob menerima surat daripada Lisa yang disampaikan oleh AJ. Kisah Cinta Lisa dan Bob dibiarkan terhenti begitu sahaja oleh pengarah Aron Koh. Paparan Hospital ditunjukkan pada akhir jalan cerita untuk membiarkan penonton membuat konklusi sendiri sama ada perokok itu akan sakit atau sebaliknya.

Sumber Sinopsis

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI