Fiesta Memancing 70 Tahun Mastika,26 Jun 2011 Taman Tasik Permaisuri

Saturday, June 18, 2011

Sempena sambutan ulang tahun Majalah No. 1 Malaysia, Mastika yang ke-70 tahun, satu pesta memancing akan diadakan di tasik Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada 26 Jun ini.

Fiesta Memancing 70 Tahun Mastika itu mensasarkan lebih 1,000 penyertaan dengan bayaran RM50 sebagai yuran penyertaan untuk satu joran dengan dua mata. pasti meriah hujung minggu bagi kaki pancing dan juga orang yang baru berminat dengan joran.

Fiesta Memancing 70 Tahun Mastika

Fiesta Memancing itu dianjurkan oleh penrbit Mastika, Utusan karya Sdn.Bhd (UKSB) dengan Jamu Mak Dara selaku penaja utama. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pula sebagai rakan strategik dan Kaki Pancing sebagai perunding acara.

Fiesta itu juga akan diserikan dengan acara persembahan pentas dengan Roslan Shah selaku pengacara. Antara penyanyi yang bakal mengadakan persembahan ialah Nubhan, Fazli Zainal, Keena Mentor, Ali Empire dan Afie (Utopia).

Ada juga artis yang mahu bersama-sama memancing dalam fiesta tersebut. Antara yang sudah memberikan kepastian mahu sama-sama berentap ialah Danny X-Factor, Amran Nasaruddin, Fir Affandi, Lia Natalia dan Ashfizam. Beberapa lagi selebriti menyatakan minat termasuk Ajai, Anne Abdullah, Noniswara, Aeril Zafrel, CD Naz. Kalau jadual aktiviti mereka tak bercanggah mereka juga akan sama-sama memeriahkan acara.

Acara bermula pukul 9.00 pagi dan tempoh memancing diberikan selama empat jam. Hadiah akan ditentukan menerusi timbangan seekor ikan terberat yang berjaya dipancing.

Meja urusetia akan dibuka pada pukul 3.00 petang 25 Jun untuk melicinkan pendaftaran. Bakal peserta boleh datang terus ke lokasi pada hari tersebut. Pendaftaran pada hari fiesta juga dibuka sebelum acara bermula.

"Kami menasihatkan peserta mendaftar awal pada 25 Jun untuk memudahkan urusan pembahagian t-shirt, pas peserta dan nombor bertuah," kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran, Noor Joha Ahmad.

Mastika mahu meraikan pembaca setia dengan menawarkan hadiah lumayan wang tunai RM10,000 kepada juaranya. Pemenang tempat kedua pula akan menerima RM5,000, pemenang ketiga sebanyak RM3,000 dan pemenang keempat sebanyak RM1,000.

Gelagat Roslan sebagai pengacara pasti menggamatkan acara.
"Sempena sambutan ulang tahun yang ke-70, kami menyediakan 70 hadiah berupa wang tunai dan hamper," kata Pengarang Kanan Unit majalah Umum, Zulkarnain Zakaria.

Zulkarnain menambah, mereka sengaja merangka satu acara yang boleh menghimpunkan pembaca dan orang ramai bagi membuat kelainan dan memeriahkan sambutan ulang tahun yang ke-70 tahun.

Pihak penganjur juga menyediakan 70 hadiah cabutan bertuah kepada peserta. Sementara itu 500 penyertaan terawal akan menerima t-shirt khas fiesta memancing.

Bagi yang berminat boleh membuat pendaftaran sekarang dengan menghubungi talian 019-3522046, 013-2667011, 013-3052811 dan 012-2846811.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI