Dewa Cinta: Sinopsis dan Lagu Tema OST Dewa Cinta,TV3

Wednesday, June 22, 2011

Sinopsis Dewa Cinta Slot Akasia TV3

Adaptasi dari Novel Muzikal-Dewa Cintaku

Iqbal (Iqram Dinzly) yang dibesarkan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan (Hafizuddin) dan Rohaya (Aida Khalida). Memori hitam pada zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandung yang sangat garang dan tegas terhadapnya selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal mula memberontak dan selesa menyembunyikan sikap panas barannya di sebalik penampilan yang elite. Takdir menemukan Iqbal dengan June, seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya itu.

Drama Dewa Cinta,TV3

June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar. Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasih yang rupa-rupanya telah pun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka menjadi semakin akrab dengan Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan untuk saling mengenali dan menyayangi. Sayangnya, bunga cinta yang baru berputik layu selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama.

Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama 3 tahun di situ. June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu “Dewa Cinta”.

Lynn (Lana Nordin) yang telah lama menyimpan perasaaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada June merupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal. Fariz telah bersuhabat dengan Selena dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June. Apakah akan terjadi seterusnya? Saksikan suka duka kisah percintaan Iqbal dan June dalam Dewa Cinta di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.

Lagu Tema Dewa Cinta
Lirik Lagu Black - Aku Rindu Sayang Kamu

Siang dan malam ku,kini menjadi satu,
terasa sunyi ku bila tiada mu,
apakah ini dinamakan cinta oohh,
menjadi aku yang punya...

Apakah kau rasa seperti ku,RASA,
hari hari ku tak menentu,
bagaikan lilitan terikat di jantung ku,
terasa sungguhhhh...

Aku rindu...
sayang kamu...PADA MU
aku cinta,kepada mu..
sayang kamu.....

Lagu/Lirik:Uzae

Downlod: http://www.mediafire.com/?llzczmmkmtm


Trailer Promo Dewa Cinta

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI