Biodata Shoffi Jikan @ Soffi Jikan

Sunday, June 19, 2011

Biodata Shoffi Jikan @ Soffi Jikan

Profesion: Pelakon, pelukis, penulis skrip dan pengarah
Umur: 40+ tahun
Pendidikan: Akademi Filem Malaysia
Latar belakang: Banyak dikesan menerusi filem Mamat Khalid, terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem V3: Samseng Jalanan turut melibatkan Shoffi sebagai penulis skrip.
Fakta pengarahan: Belum berkesempatan mengarah filem, tumpuan Shoffi kini terhadap telemovie dan drama bersiri. Dalam berkarya, Shoffi membawa pendekatan Islamik. Karya terbarunya termasuklah Ku Yakin Beriaku dan Mencari Jannah di saluran Oasis.
Filem Terbaru: KL Gangster
Antara filem lakonan Soffi Jikan:

Bukak Api, Diarah Oleh Osman Ali, Pink Triangle
Paloh, Diarah Oleh Adman Salleh, Finas, Film Negara
Pontianak Harum Sundal Malam, Diarah Oleh Shuhaimi Baba.
Rock, Diarah Oleh Mamat Khalid, Grand Brilliance
Zombie Kampung Pisang, Mamat Khalid, Tayangan Unggul
Man Laksa, Mamat Khalid, Tu
Bilut, Diarah Oleh Bada, Felda
Cinta, Diarah Oleh Kabir Bahtiar, Grand Brilliance
Chermin, Diarah Oleh Zarina. Starry Eye Productions
Dukun, Diarah Oleh Dain Iskandar.

Biodata Tambahan
Muhammad Shoffi bin Jikan atau lebih dikenali sebagai Soffi Jikan adalah seorang pelakon Malaysia yang sering muncul menerusi watak-watak sampingan yang meninggalkan kesan dalam filem-filem popular Malaysia.

Soffi juga dikenali sebagai aktivis teater dan juga penulis lakon layar. Pada 2009, beliau bersama pelakon Farid Kamil bersama-sama menulis filem V3: Samseng Jalanan. Filem itu siap dirakam, namun akhirnya dibenarkan tayangan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia dengan beberapa kelonggaran.
Pembabitan

Bermula dengan filem Paloh sebagai askar Jepun, bakat beliau berjaya dihidu oleh pengarah tersohor, Mamat Khalid, untuk menjadi watak pembantu dalam filem Rock . Kepercayaan terus diberikan oleh Mamat untuk terus mendapatkan khidmat beliau menerusi Man Laksa, dan seterusnya.

Beliau amat dikenali menerusi watak-watak pembantu dalam sesebuah karya yang besar. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang menjadi taruhan dan diberi kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmat beliau.







0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI