Wangian White Gardenia Petals dari Illuminum pilihan Kate Middleton

Monday, May 09, 2011

Apabila Duchess of Cambridge melangkah ke dewan besar Gereja Westminster Abbey pada 29 April lalu, akhirnya rahsia tersimpan rapi dalam dunia fesyen didedahkan.
Ia berlaku ketika seluruh dunia tertumpu kepada gaun Alexander McQueen yang dipakai Catherine Middleton apabila kalangan industri minyak wangi sibuk menghidu wangian yang menjadi pilihan permaisuri hati Putera William berkenaan pada hari bersejarah mereka.

Menurut blogger yang membincangkan soal wangian, isteri William yang lebih dikenali sebagai Kate itu mengenakan wangian White Gardenia Petals dari Illuminum, satu jenama Britain yang kurang dikenali.

Penerangan halaman web syarikat terbabit menjelaskan bahawa minyak wangi berharga £70 (RM344) itu adalah wangian umpama ‘sejambak bunga putih bergetar dalam tiupan angin di tingkap terbuka, ini adalah satu keharuman lembut dan unik.’

Jenama Illuminum diasaskan sejak 2007 oleh bekas pendandan rambut selebriti, Michael Boadi. Beliau pernah mendandan rambut bintang terkemuka termasuk Kate Moss dan Naomi Campbell sebelum melancarkan wangian pertamanya ‘Boadicea The Victorious.’

Antara bekas pelanggan Baodi termasuk Michelle Obama yang membeli tiga jenis wangian beliau pada 2009 dan jenama Illuminum muncul tidak lama selepas itu.
Pengurusan syarikat berkenaan jelas sekali gembira apabila mengetahui Catherine menggunakan produk mereka. Jurucakap Illuminum, Michael Donovan memberitahu laman web BaseNotes: “Saya amat berbangga!”

Wangian White Gardenia Petals dijual pada harga £70 bagi botol 50 mililiter menerusi laman web www.roullierwhite.com dan ia juga boleh ditempah di Amerika Syarikat pada harga AS$140 (RM416) di laman luckyscent.com.

Sementara itu, Middleton turut dilaporkan meminta lilin wangi dan barangan perapian diri kegemaran beliau dari jenama wangian mewah, Jo Malone untuk dibawa ke Westsminster Abbey.

Satu seleksi lilin, cucian tangan dan losyen lain yang diminta terutama bagi wangian citrus termasuk Orange Blossom, Grapefruite dan Lime, Basil & Mandarain.

Ia adalah untuk digunakan di Westsminter Abbey dan bagi tetamu perkahwinan. – Agensi

INFO

Jenama Illuminum diasaskan sejak 2007 oleh bekas pendandan rambut selebriti, Michael Boadi

Antara bekas pelanggan Baodi termasuk Michelle Obama

Wangian White Gardenia Petals dijual pada harga £70 bagi botol 50 mililiter menerusi laman web www.roullierwhite.com dan ia juga boleh ditempah di Amerika Syarikat pada harga AS$140 (RM416) di laman luckyscent.com

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI