Konsert Sejuta Belia

Saturday, May 28, 2011

2 kumpulan terkenal Kristal dan Hujan akan menghiburkan para belia pada sambutan hari belia peringkat kebangsaan, Himpunan Sejuta Belia yang bakal berlangsung Jumaat sehingga Ahad ini bertempat di Putrajaya.

Pada sambutan berkenaan, Kristal dan Hujan akan berkongsi pentas untuk menghiburkan para belia pada konsert yang akan di adakan pada 28 Mei ini di perkarangan menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Penyanyi Hattan selaku penganjur konsert itu berkata, selain Kristal dan Hujan konsert berkenaan turut diserikan ramai lagi artis lain.

“Pihak KBS mahukan kita membawa semua artis yang turut menjayakan program sambutan hari belia di Sarawak sekitar bulan lalu,” ujar Hattan yang ditemui pada sidang media konsert berkenaan baru-baru ini.

Jelas penyanyi lagu Biso Bonar itu lagi, kemungkinan akan ada pertambahan artis di saat-saat akhir dan semuanya bergantung kepada pihak KBS sendiri.

Selain daripada menghiburkan para belia pada konsert berkenaan, para artis yang terlibat juga dibolehkan untuk membuka booth dan menjual cenderamata sendiri.

“Kita ada sediakan booth untuk mereka yang minat berniaga,” ujar pengkritik tetap Akademi Fantasia musim ke sembilan itu.

Nadia AF6, Farah Asyikin, Kashmir Stone JG dan Super Junior adalah antara artis yang akan membuat persembahan di sebelah malam Sabtu ini.

Sementara itu, vokalis Kumpulan Kristal, Mohd. Razlan Mohamed Yusof atau Lan berkata, dalam persembahan selama 30 minit itu nanti, mereka akan menghiburkan para belia dengan lima lagu popular mereka antaranya Luahan Hati lagu dari album terbaru mereka.

Sebelum ini, Kristal pernah mengadakan persembahan sempena hari belia di sekitar Sarawak pada April lalu.

Seorang lagi artis yang akan membuat persembahan pada konsert berkenaan, Kashmir Stone-JG beranggapan peluang beraksi pada sambutan Himpunan Sejuta Belia itu adalah suatu yang terbaik untuknya.

"Namun, apa yang penting adalah untuk melakukan yang terbaik agar dapat menghiburkan peminat di samping menyokong program berkenaan," jelasnya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI