Penjagaan rusa

Monday, March 14, 2011

Rusa adalah sejenis haiwan herbivor yang hidup liar di hutan. Ia tergolong dalam famili Cervidae manakala spesis adalah rusa timorensis atau Cervus timorensis dan rusa sambar atau Cervus unicolor.

Daging rusa semakin popular di kalangan masyarakat tanpa mengira kaum dimana harga dipasaran adalah antara RM30.00 – RM45.00/kg.

Penjagaan rusa

Daging rusa mempunyai sumber protin yang paling tinggi dari haiwan lain serta rendah lemak dan kolesterol tetapi berkalori tinggi.

Selain daging (venison), pemeliharaan rusa memberi pulangan daripada hasil sampingan seperti rongga tanduk muda (velvet), kulit dan juga tanduk matang (antler).

Velvet digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, khususnya ubat tradisi Cina dan mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan Timur Tengah seperti Jepun, China, Korea, Arab dan Malaysia sendiri.

Kegunaan velvet dalam perubatan juga terbukti secara saintifik dimana velvet menggalakkan spermatogenesis dan pengeluaran testosterone, pengeluaran sel darah merah (erothrocyte) dan hemoglobin, meningkatkan kekuatan dan kecerdasan badan.





0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI