Orang Kaya Sepi - 14 peratus bilionair dunia masih tidak berteman

Friday, March 18, 2011

Terdapat sejumlah jutawan yang direkodkan di seluruh dunia pada 2011, namun 14 peratus daripada mereka masih belum mempunyai teman, dedah majalah Forbes, semalam.

"Adalah mustahil untuk bertemu dengan jutawan, kemudian jatuh cinta dan hidup bahagia selamanya, namun bukan semua adalah mustahil," kata Pengarang Kanan Forbes, Luisa Kroll selepas menganalisis senarai tahunan Forbes mengenai manusia paling kaya di dunia yang dikeluarkan pada minggu lepas.

"(Terdapat) Seramai 1,210 jutawan di seluruh dunia, 175 masih belum mempunyai teman termasuk 48 wanita, 36 belum pernah berkahwin, 81 bercerai, 6 berpisah dan 52 adalah duda," kata Kroll.

Bagaimanapun, menurut Kroll, masih ramai jutawan yang memenuhi syarat untuk mempunyai pasangan secara serius termasuk pengasas Facebook, Dustin Moskovitz, Mark Zuckerberg dan Sean Parker.

Carlos Slim seorang hartawan dari Mexico menjadi manusia terkaya di dunia apabila berjaya mengekalkan kedudukannya itu bagi dua tahun berturut-turut dengan nilai kekayaan berjumlah AS$74 bilion (RM230 trilion).

Sementara itu, pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua apabila kekayaannya meningkat kepada AS$56 bilion (RM174 trilion) daripada AS$53 bilion (RM133 trilion) pada tahun lepas.

Seorang pelabur, Warren Buffett menduduki tempat ketiga dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$50 bilion (RM155 trilion).

Jumlah kekayaan jutawan di seluruh dunia meningkat kepada 25 peratus dengan nilai puratanya sebanyak AS$3.7 bilion (RM12 juta). - Reuters

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI