M. Nasir dan Ramli MS dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)

Thursday, March 24, 2011

M. Nasir dan Ramli MS bergelar 'Datuk'
M.Nasir dan Ramli MS dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang hari ini.

Kedua penghibur dan juga komposer negara itu dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Penerima lain termasuk anggota exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)Datuk S. Sivasundaram; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Salim Parlan; Pegawai Daerah Rompin Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha; Panglima 4 Briged, Brig Jen Zamrose Mohd Zain; Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Md Jamil dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Aripin Daud. – BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI