Justin Bieber My World Tour in Malaysia,Stadium Merdeka 21 April 2011

Thursday, March 10, 2011

Peminat fanatik Justin Bieber di Malaysia berpeluang menyaksikan konsertnya ketika namanya kini sedang gah.

Tune Talk Mobile Prepaid bakal menaja konsert sulung Justin Bieber My World Tour ke Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 21 April 2011.

Konsert sulung Justin Bieber berbeza dengan konsert yang telah dijalankan oleh TuneTalk di Malaysia sebelumnya. Kali ini Tune Talk mengambil pendekatan berbeza pada konsert yang dianjurkan kali ini.

"Pastinya pada setiap konsert-konsert besar pasti terdapat tempat duduk VVIP yang kebiasaannya diberikan percuma. Jadi, apa salahnya jika tiket tersebut dibayar dengan harga RM1000 untuk diberi sumbangan kepada yang kurang bernasib baik.

"Sasaran kutipan sebanyak RM100,000 hingga RM200,000 tersebut akan didermakan kepada rumah kebajikan Nur Salam. Jadi, siapa akan katakan tidak kepada perkara mulia sebegitu," tambah Jason.

Justin dijangka menghiburkan peminat selama lebih kurang dua jam yang mana dia akan menyampaikan lagu-lagunya dari album My World 2.0.

Penangan populariti Justin terbukti apabila tiket berharga RM498 telah habis dijual pada hari pertama kaunter penjualan tiket dibuka pada pukul 10 pagi iaitu pada hari sidang akhbar dijalankan.


"Pada hari pertama penjualan tiket, hanya untuk pelanggan Tune Talk. Paling mengejutkan, ada remaja yang membeli sehingga 10 tiket sekali gus dan sanggup beratur dari pukul 4 pagi semata-semata untuk membeli tiket bagi menyaksikan penyanyi kegemaran mereka itu," kata Jason yang mendedahkan Tune Talk akan membawa lebih ramai selebriti bertaraf antarabangsa untuk disajikan kepada peminat tempatan.

Tiket Justin Bieber My World Tour in Malaysia dijual pada harga RM498, RM358, RM288, RM188 dan RM98 dan juga boleh didapati menerusi www.airasiaredtix.com dan www.ticketpro.com serta di kaunter jualan AirAsiaRedTix dan TicketPro seluruh negara.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI