Chong Wei vs Lin Dan di final All England

Sunday, March 13, 2011

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi dipisahkan daripada mempertahankan kejuaraan badminton All England selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir di Birmingham, sebentar tadi.

Chong Wei mara selepas menumpaskan pemain muda China, Chen Long 21-17, 21-13 dalam pertarungan separuh akhir yang hanya mengambil masa 46 minit.

Kemenangan tersebut bakal menemukan jaguh perseorangan negara itu dengan musuh ketatnya, yang juga juara All England empat kali, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir esok.

Lin Dan, penyandang juara Olimpik dan juara dunia tiga kali terlebih dulu melayakkan diri ke final selepas menyingkirkan pemain Jerman, Marc Zwiebler 21-9, 16-21, 21-11.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI