Tarikh Pilihanraya DUN Merlimau (N27) Melaka Dan Pilihanraya DUN Kerdau (N28) Pahang

Sunday, February 20, 2011

Tarikh pilihanraya DUN Merlimau (N27) Melaka dan pilihanraya DUN Kerdau (N28) Pahang adalah serentak pada 6 Mac 2011.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 26 Februari 2011 juga secara serentak di DUN Merlimau dan DUN Kerdau.

Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada parti Barisan Nasional meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Kawasan DUN Kerdau Pahang mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89% Melayu, 6% Cina, 3.7 % India dan 2.5% kaum-kaum lain.

Dun Merlimau Melaka terdiri daripada Melayu 64.69%, Cina 21.11%, India 14.16% dan lain-lain 0.04%.

Dun Kerdau

Dun Merlimau





0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI