Statistik Kes Buang Bayi 2010-Jan 2011

Thursday, February 10, 2011

Kes buang bayi semakin meningkat. Sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini.


Statistik Kes Buang Bayi

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantinanya.

“Bagi kes tidak dikenal pasti jantina, ini adalah kerana keadaan mayat yang reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan,"

Daripada 517 bayi itu, sebanyak 230 merupakan bayi yang hidup, manakala 287 pula bayi yang telah meninggal dunia.

Seramai 37 orang suspek telah ditangkap dari 2005 hingga tahun ini termasuk empat orang pada Januari ini berhubung kes pembuangan bayi.

Menurutnya, hasil kajian mendapati lokasi yang paling popular untuk jenayah ini adalah di kawasan perumahan dan tempat pembuangan sampah selain di tepi jalan, masjid, sungai, semak dan dalam tandas. – Bernama



Tag: bayi tong sampah, buang bayi 2011, gambar buang bayi, Kes Buang Bayi di Malaysia, Statistik Kes Buang Bayi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI