Semak Saman Trafik di Laman Web

Friday, February 18, 2011

Pesalah lalu lintas masih mempunyai masa untuk menjelaskan saman tertunggak sebelum kadar baru dikuatkuasakan Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, jika pesalah terbabit tidak menjelaskannya dalam tempoh ditetapkan, mereka disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Tegas beliau, matlamat agensi penguat kuasa itu bukan untuk mencari keuntungan tetapi mendisiplinkan pengguna agar menghormati undang-undang jalan raya.

“Sebelum ini kerajaan memberi peluang untuk pesalah lalu lintas menjelaskan saman dalam tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lepas, tetapi tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh orang ramai.

“Matlamat utama kami bukan untuk cari untung tetapi bila kita buat salah, kenalah selesaikan, itulah peraturan namanya. Sebagai contoh, kalau kita makan nasi di restoran kita mesti kena bayar,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan di bawah peraturan baru mulai 1 Mac depan, kompaun lalu lintas akan diselaraskan iaitu kompaun RM150 dinaikkan kepada RM200 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 15 hari dan RM300 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Sementara itu, Solah berkata, pesalah lalu lintas juga dikenakan pemotongan markah dalam sistem Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) jika lewat membayar kompaun.

“Kalau saman terdahulu, mata Kejara tidak dimasukkan tetapi selepas ini walaupun bayaran dibuat pesalah tetap dikenakan mata Kejara,” katanya.

Solah berkata, bermula 15 Mac depan, orang ramai boleh menjelaskan bayaran saman trafik di semua cawangan JPJ seluruh negara.

“Sebelum ini, mereka hanya boleh berbuat demikian di balai polis dan ibu pejabat pos negeri, berbanding sekarang sudah boleh bayar di kaunter JPJ,” katanya.

Untuk semak saman trafik online, sila klik

Semak saman trafik





4 Komen:

Anonymous said...

nak bayar saman macamana. tak blh nak check online poooon.

Anonymous said...

siot pnyer saman

Anonymous said...

saman la terussssssssssss adehh

Unknown on 19 October 2011 at 12:04 said...

Memang menjimatkan masa kalau guna sistem online nie.. (",)

anastasyea's latest post .. Semak Saman Trafik Online PDRM

Post a Comment

 

ZONFINITI