Konvoi Jelajah Silaturrahim Thailand, Myanmar sempena Maulidur Rasul

Tuesday, February 15, 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepaskan konvoi Program Jelajah Silaturrahim Thailand dan Kawthaung, Myanmar sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini.

Pelepasan konvoi melibatkan 40 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) serta para Sahabat Yadim itu, diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Program yang diketuai Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaludin Mohd. Tahir itu, bertujuan meluaskan jaringan dakwah dan Sahabat Yadim di samping mengeratkan silaturrahim dengan masyarakat Islam dan memupuk hubungan harmoni dengan bukan Islam.

Program anjuran Yadim selama enam hari lima malam itu, membabitkan jarak perjalanan pergi balik sejauh 2,500km. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI