Juara Pilih Kasih 2 milik Livonia

Sunday, February 20, 2011

Juara Pilih Kasih 2 milik yang menunjukkan persembahan mantap di Pentas Pilih Kasih 2 (PK2), yang telah berlangsung Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan. Seramai tujuh artis Pilih Kasih telah berentap pada malam akhir itu tetapi tuah milik Livonia


Finalis malam itu ialah Jay Iswazir, 29, Ku Hariz, 26, Yuzwan Yunus, 24, Nur Jannah, 24, Livonia, 20, Mira Amanas, 20, dan Lia Natalia, 19.


Hadiah utama yang dimenangi Livonia ialah kenderaan pikap jenis Trekker berharga RM55,000, wang tunai (RM10,000), pakej penjagaan kereta Shine Shine bernilai RM2,399 berserta keahlian lima tahun untuk barangan kosmetik dan spa Mustika Ratu berjumlah RM7,000.

Livonia turut menerima hadiah baucar penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang di Holiday Villa Hotel & Residence Doha, Qatar, gelang tangan magnetik dan beg bagasi kulit Edymium serta trofi kemenangan.

Naib juara pula akan menerima set barang kemas U Diamond berharga RM15,000, motosikal Demak Evo Z, wang tunai (RM7,000), pakej penjagaan kereta (RM1,399) dan keahlian tiga tahun, barangan kosmetik dan spa (RM5,000), baucar penginapan di Holiday Villa Tuan Chau Island, Halong Bay, Vietnam, gelang tangan magnetik dan trofi.

Hadiah pemenang tempat ketiga, motosikal Demak EX90, wang tunai (RM3,000), pakej penjagaan kereta (RM899) berserta keahlian dua tahun, televisyen Plasma 42 inci, barangan kosmetik dan spa (RM3,000), baucar penginapan di Holiday Villa Sanur, Bali, gelang tangan magnetik dan trofi.




0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI