Dr. Hayei penerima anugerah perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011

Tuesday, February 15, 2011

Mantan Prof. Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor, 64, diumumkan sebagai penerima anugerah perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011 hari ini.

Beliau menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong pada majlis sambutan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memberikan sumbangan yang sangat besar dalam penulisan karya-karya ilmiah antaranya sebuah kitab tafsir al-Quran versi Melayu yang diberi judul Tafsir Pedoman Muttaqin yang aditerbitkan oleh Jakim.

Dalam pada itu, enam lagi penerima anugerah turut diumumkan termasuk Wee Soon Yen, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan.

Soon Yen mencatat keputusan cemerlang 8A dalam semua subjek termasuk bahasa Arab pada PMR 2010. – Utusan





0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI