Calon Filem Terbaik Academy Awards ke-83

Friday, February 18, 2011

Majlis Academy Awards ke-83 akan berlangsung diKodak Theatre, Hollywood, Amerika Syarikat pada 27 Februari. Ia menjadi acara ditunggu ramai karyawan filem Hollywood dalam melihat sejauh mana karya mereka diiktiraf juri profesional.

Calon Filem Terbaik Academy Awards ke-83

1. Black Swan

2. The Fighter

3. Inception

4. The Kids Are All Right

5. The King’s Speech

6. 127 Hours

7. The Social Network

8. Toy Story 3

9. True Gift

10. Winter’s Bone

Pada tahun ini, menyaksikan 10 filem disenarai pendek merebut kategori Filem Terbaik iaitu Black Swan, The Fighter, Inception, The Kids Are All Right, The King’s Speech, 127 Hours, The Social Network, Toy Story 3, True Gift dan Winter’s Bone.

Filem The King’s Speech arahan Tom Hooper menampilkan aktor Colin Firth melakonkan watak utama, Raja George VI berdepan cabaran mengatasi sindrom gagap diramal menang kali ini.

Kekuatan filem genre drama sejarah ini membuktikan 12 kategori menjadi pertaruhan termasuk Pengarah, Aktor Terbaik (Firth), Aktor Pembantu Terbaik (Geoffrey Rush), Aktres Pembantu Terbaik (Helena Bonham Carter), Pencapaian Terbaik kategori Pengarahan Seni, Sinematografi, Rekaan Kostum, Suntingan, Penciptaan Muzik untuk Filem dan Skor Asal; Adunan Bunyi dan Lakon Layar Terbaik.

Menurut satu laman sesawang antarabangsa, filem ini dinilai mempunyai potensi menang berdasarkan kekuatan mesej yang disampaikan bukan saja menghiburkan, tetapi mendidik penonton dan menaikkan semangat positif dalam diri.

Plot filem ini disokong rekaan kostum menarik, penulisan skrip lengkap dan lakonan berkesan, menjadikan ia sebagai karya yang memberi inspirasi pada penonton.

Pada majlis Anugerah Golden Globe yang diadakan pada 16 Januari lalu, filem ini meraih tujuh pencalonan dan paling bermakna, Firth menang anugerah Aktor Terbaik.

Bersaing sengit, filem berkonsep biografi mengenai pengasas laman sosial, facebook, Mark Zuckerberg menerusi The Social Network mampu memberi kejutan sebagai pemenang.

Pengarah David Fincher dikatakan bijak mengolah cerita dengan membawa elemen ketamakan, pecah amanah dan sikap penting diri sendiri pada plot yang ingin disampaikan.

Filem ini mendapat lapan pencalonan menerusi Pengarah Terbaik (Fincher) termasuk Aktor Terbaik (Jesse Eisenberg), Pencapaian Terbaik kategori Sinematografi, Suntingan, Penciptaan Muzik untuk Filem dan Skor Asal, Adunan Bunyi dan Lakon Layar.

Berbanding kejayaan The King’s Speech pada Golden Globe lalu, pencapaian The Social Network lebih menarik perhatian ramai selepas membolot empat anugerah. Kejutan berlaku apabila Fincher diangkat sebagai Pengarah Terbaik sekali gus meraih anugerah Filem Terbaik termasuk Skor Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Jika pencapaian pada Golden Globe dijadikan kayu pengukur, The Social Network mempunyai peluang cerah mencipta kemenangan besar buat kali kedua. Di sebalik saingan hebat dua filem ini, pencalonan lapan filem lain turut memberi saingan.

Tidak dapat disangkal, lakonan cemerlang aktor kacak, James Franco yang menerima banyak pujian pengkritik filem menerusi filem, 127 Hours memberi kemungkinan filem arahan Danny Boyle ini mampu mencipta kejayaan meraih anugerah Oscar tertinggi itu.

 Academy Awards ke-83

Secara peribadi, pencapaian Franco kali ini lebih sekadar menimba pengalaman baru sebaliknya menggalas cabaran memaparkan kisah benar pendaki Aron Ralston yang terperangkap di pergunungan Canyon, Utah.

Aktor berusia 32 tahun ini turut bersaing kategori Aktor Terbaik dicabar Firth (The King’s Speech), Javier Bardem (Biutiful), Jeff Bridges (True Grit) dan Jesse Eisenberg (The Social Network).

Kisah penari balet yang memaparkan dua karakter adik-beradik yang bersikap positif dan antagonis menerusi Black Swan, dijangka mempunyai potensi menang.

Pelakon utama filem ini, Natalie Portman dicalonkan menerusi Aktres Terbaik bersaing bersama Annette Bening membintangi The Kids Are All Right, Nicole Kidman (The Rabbit Hole), Jennifer Lawrance (Winter’s Bone) dan Michelle Williams (Blue Valentine).

Jika Natalie menjadi sandaran filem Black Swan, lakonan Annette turut menyaksikan The Kids Are All Right mencuba nasib kategori Filem Terbaik. Filem genre komedi ini memikat penonton dengan kisah dua kanak-kanak yang berusaha membawa bapa mereka kembali dalam kehidupan bersama.

Begitu juga, The Fighter dijangka mencuri tumpuan juri mengenai kisah besar biografi peninju Ireland, Micky Ward yang mencipta nama dalam karier secara profesional pada zaman 80-an. Tidak terkecuali, filem Inception arahan Christopher Nolan membawa kisah aksi dan sains fiksyen meraih lapan pencalonan Oscar kali ini manakala Toy Story 3 muncul satu-satunya filem animasi bertanding kategori Filem Terbaik.





0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI