'The World According to Paris' rancangan realiti terbaru Paris Hilton

Tuesday, January 25, 2011

Paris Hilton akan muncul dalam rancangan realiti terbaru,'The World According to Paris'. Paris berjanji tidak akan bersikap keanak-anakan dalam rancangan televisyen terbarunya. Dia berikrar akan menunjukkan siapa sebenarnya Paris Hilton.

Rancangan realiti terbarunya, 'The World According to Paris' akan menerbitkan kehidupan Paris menerusi rangkaian Oxygen TV.

Paris muncul dalam siri realiti 'The Simple Life' pada 2003 hingga 2007.

"Dalam 'The Simple Life,' saya melakonkan satu watak yang saya reka sendiri dan ia bertahan lama. Mungkin orang ramai menganggap watak itu benar-benar saya," kata Paris, dipetik oleh Hollyscoop, Sabtu lalu.



Kehidupan Paris akan dirakam dalam rancangan barunya dan ia dirancang untuk tayangan bermula musim bunga depan.

"Ia akan menunjukkan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Saya membenarkan kamera itu menjelajahi kehidupan saya sebenar," katanya.

Dia juga berkata, 'The World According to Paris' akan berbeza dengan pertunjukan realiti sebelum ini.

"Apabila mereka melihat rancangan ini, mereka akan melihat saya sebenar," katanya. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI