Pelakon Bollywood Veena Malik putus tunang

Monday, January 31, 2011

Pelakon kontroversi kelahiran Pakistan yang menempa nama di Bollywood, Veena Malik, semalam memutuskan pertunangannya dengan ahli perniagaan dari New York yang juga rakannya sejak kecil, Faisal Akbar Khan.

Veena mengikat tali pertunangan dengan Faisal pada Oktober tahun lalu, selepas memutuskan hubungan dengan pemain kriket Pakistan Muhammad Asif.

Veena Malik sexy

Pelakon itu berkata, dia mahu meningkatkan kerjayanya sebagai pelakon dan tidak berasa selesa untuk terikat dengan sesiapa.

Bagaimanapun desas-desus menyatakan pembatalan pertunangan yang dilakukan Veena mempunyai kaitan dengan hubungannya dengan pelakon Bollywood, Ashmit Patel ketika mereka menyertai rancangan Bigg Boss, walaupun dia menafikannya. – Agensi



Tag: Pelakon Bollywood, Veena Malik, Veena Malik sexy pics

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI