Misteri Alam Hitam, Astro Ria setiap Isnin, jam 10 malam

Friday, January 28, 2011

Misteri Alam Hitam menyingkap kisah misteri, seram dan juga kisah hantu yang akan memberikan persepsi baru dalam dunia televisyen. Setiap episod mempunyai kisah dan cerita berlainan dan ia juga mempunyai senarai pelakon berbeza untuk setiap cerita.

Pengarahnya, Rashid Sibir berharap, Misteri Alam Hitam yang dihasilkan skripnya oleh panel Opera Klasik dapat menarik lebih ramai penonton mengikutinya kerana memaparkan sesuatu yang menarik dan berbeza berbanding siri drama seram yang pernah dihasilkan.

Misteri Alam Hitam, Astro Ria

Katanya, ia juga mengungkap pelbagai kisah pelik yang menakutkan dan lebih menyeramkan di persekitaran kita bukan saja di kampung tetapi juga di bandar. Pelbagai kisah menakutkan dimuatkan selama sejam dalam 13 episod.

Misteri Alam Hitam yang disiarkan melalui Astro Ria setiap Isnin, jam 10 malam sejak 19 November lalu, memaparkan 13 episod bermula dengan Kamera untuk episod 1 diikuti Asrama Misteri, Skrip, Dendam Roh, Penunggu Rimba, Pocong, Polong, Cucuk Sanggul, Banglo Kayu, Batu Akek, Lukisan Antik dan Mak Andam.

Antara episod menarik, Asrama Misteri dijayakan Erin Malek dan Dafi. Ia mengisahkan Dira dan rakannya sering bermain Spirit Of The Coin dan berlagak mengatakan akan membela hantu itu jika benar ia wujud.

Hantu itu datang tanpa disedari dan mengikut segala kata hati Ana. Kawan baiknya, Lia dirasuk dan mati akibat terjun dari bangunan asrama.

Hantu itu terus mengganas dan mengancam sehingga ramai pelajar histeria termasuk beberapa pelajar lelaki.

Episod Dendam Roh mengisahkan TJ bersama kekasihnya diganggu hantu ketika bercuti di chalet. Hantu itu meminta Nita mencari siapakah pembunuhnya. Rupa-rupanya hantu itu dirogol dan dibunuh kawan baik TJ, Musa. Hantu itu mengacau TJ dan Nita mengesyaki TJ terbabit dalam kes pembunuhan itu tetapi akhirnya TJ terbunuh Nita.

Ia dijayakan Kamal Adli, Intan Ladyana, Ameer Sofaz dan Raja Irna.

Episod Penunggu Rimba pula mengenai tiga sahabat yang pergi berkhemah dalam hutan. Mereka terperangkap dalam satu keluarga penuh mistik apabila Nana mengajak tiga sahabat itu bermalam di banglonya serta dihidangkan dengan makan malam. Hidangan yang amat menyelerakan itu rupa-rupanya daging serta tulang manusia. Nana sebenarnya sudah mati tetapi dihidupkan semula oleh ayahnya melalui ilmu hitam. Darah manusia menjadi santapan Nana manakala daging serta tulang menjadi santapan ibu dan ayahnya.

Pelakon ialah Adam, Dafi dan Kefli sebagai tiga sahabat, Jeff, AJ dan Din manakala Wan Sharmila sebagai Nana, Roslan Salleh sebagai ayah dan Mak Jah sebagai ibu.

Polong mengisahkan Nek Tam yang mahu terus kelihatan muda, sanggup menggali kubur bayi untuk mendapatkan minyak dagu bayi tersebut. Cucunya, Ros meminta pertolongan Nek Tam untuk memikat Jali yang juga amat digilai Nek Tam lalu mahu membunuh Ros.

Hanya Nek Siah yang boleh mengalahkan Nek Tam. Pelakon: Mariani Ismail sebagai Nek Tam, Ruminah Sidek (Nek Siah), Elly Mazlein (Ros) dan Zed Zaidi (Jali).

Banglo Kayu mengisahkan rumah yang dibeli dengan simpanan sendiri rupanya berhantu apabila penunggu rumah itu mahu tuan barunya menggadai nyawa supaya dia boleh hidup semula. Kerana sayangkan suami, si isteri sanggup menggadai nyawa dan berganti dengan penunggu tetapi penunggu mendapat semula banglonya dan isteri pula di perangkap di alam hitam

Batu Akek mengenai kesilapan membeli batu akek berpenunggu membuatkan hidup Pak Mat hancur dan penuh malapetaka. Bomoh mahu menghalau penunggu tetapi Pak Mat mahu menjadi hamba kepada penunggu yang cantik jelita itu.

Lukisan Antik mengisahkan Murad membeli lukisan tanpa disedari ia hidup dan mahu keluar dari alam hitam itu. Puteri dalam lukisan itu mahu memiliki Murad dan tidak mahu sesiapa mendekatinya. Idayu tunangan Murad hilang dan wajahnya berdiri di sebelah wajah Puteri dalam lukisan antik itu.

Mak Andam pula mengenai Zamri yang menjadi Mak Andam, sanggup pergi ke kubur mencari cebisan kain kapan dan dimandikan bunga di tengah sungai pada waktu malam supaya rezekinya melimpah ruah sehingga membawa maut kepadanya.



0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI