Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter,Feb 2011 Istana Budaya

Tuesday, January 18, 2011

Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter

Tarikh : 5 & 6 Februari 2011
Tempat : Istana Budaya, Kuala Lumpur
Tiket : RM99 hingga RM299
Hotline : +603 4147 8600

Sempena meraikan artis ternama tanahair Francissca Peter yang bertahan sekian lama dalam industri muzik Malaysia, Eye Design dengan bangganya mempersembahkan "Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter". Gelaran "Vokal Terbaik Wanita" 5 tahun berturut-turut serta 20 lagu-lagu No.1 di carta and, konsert ini pasti akan mengingati kita kembali zaman kegemilangan satu-satunya artis bukan Melayu yang telah berjaya membawa lagu-lagu Melayu ke tahap antarabangsa dan bertahan sehinga kini.


Konsert ini juga bertepatan dengan pengeluaran album kompilasi ‘Keunggulan Francissca Peter’ dan adalah sebahagian daripada aturcara untuk meraikan Hari Wilayah Persekutuan. Terbitan album kompilasi ini sinonim dengan kempen Perdana Menteri kita, 1 Malaysia.

Artis-artis undangan yang akan turut menjayakan konsert ini adalah Royston Sta Maria dan Imran Ajmain.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI