Gambar Aishah Sinclair Sebelum dan Selepas - Duta Marie France Bodyline

Monday, January 17, 2011


Aishah Sinclair sebelum dan selepas menggunakan produk Marie France Bodyline


Duta terbaru Marie France Bodyline, Aishah mendedahkan bahawa berat badan beliau bertambah sebanyak 20 kilogram semasa mengandung. Selepas 44 hari berpantang, beliau membuat keputusan yang beliau memerlukan bantuan profesional dari pakar pelangsingan badan dalam usaha beliau untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang menggiurkan seperti sebelum mengandung.


"Marie France Bodyline telah bersama saya sepanjang usaha saya untuk menjadi lebih langsing. Saya kagum dengan lebih 60 rawatan yang boleh dilanggani! Oleh kerana setiap daripada kita dicipta dengan bentuk dan susuk tubuh yang berbeza, saya amat menghargai kerana diberi program pelangsingan badan yang khusus dimana ia penting untuk mengurangkan berat badan dan memperoleh susuk tubuh menggiurkan dalam cara yang paling selamat dan berkesan.


"Rawatan yang amat berkesan pada saya adalah VS3 Radio Wave Body Perfector," kata Aishah yang hilang sebanyak 27 inci dan 18 kilogram dalam tempoh dua bulan setengah mencuba rawatan ini.


VS3 Radio Wave Body Perfector adalah satu alatan yang tidak memerlukan pembedahan yang menggunakan teknologi Elos* (Electro Optical Synergy) yang digunakan secara meluas dalam perubatan, pembedahan dan aestetik di seluruh dunia. Bukti klinikal telah menunjukkan bahawa VS3 Radio Wave Body Perfector adalah berkesan serta selamat dalam rawatan selulit dan lemak untuk lelaki dan wanita.


"Saya mendapati sesi-sesi rawatan yang saya lalui selesa dan relaks, dan saya memperoleh susuk tubuh di bahagian yang tidak pernah saya sangka saya boleh perolehi. Suami saya kagum melihat saya menjadi langsing dengan begitu pantas, tetapi yang paling penting, Marie France Bodyline membantu mendapatkan kembali keyakinan saya supaya saya boleh menjadi ibu yang sihat dan ceria untuk anak perempuan saya. Saya juga diajar tentang kepentingan sarapan!" kongsi beliau.


Sejak 1986, Marie France Bodyline terus-menerus memperkembangkan formula yang 100% semulajadi dan selamat, menggunakan sebatian aktif yang berkuasa serta teknologi dan produk pengurusan berat badan yang maju dalam menyelesaikan pelbagai isu yang menghantui wanita masa kini, seperti tisu lemak berlebihan, selulit dan masalah kulit yang kurang anjal.


Ini dibantu dengan pendekatan mereka secara menyeluruh dalam mengurangkan serta mengekalkan berat badan dalam cara yang sihat serta selamat dan sesuai untuk pelbagai kecenderungan gaya hidup setiap individu.



0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI