Berita Adik TV9 berita TV kanak-kanak pertama

Friday, January 28, 2011

Berita Adik muncul di TV9 sebagai berita TV kanak-kanak pertama khususnya untuk tontonan adik-adik. Rancangan yang padat dengan berita terkini dan info sensasi ini akan bersiaran selama dua minit sahaja pada setiap hari jam 2.28 petang dan ulangannya pada 5.28 petang.

Penampilan tiga orang pengacara kanak-kanak iaitu Dayana (juara Idola Kecil Musim Kedua), Fimie (pelakon kanak-kanak terbaik FFM) dan Afiq (pelakon kanak-kanak dalam Mahathir the Musical) menceriakan lagi Berita Adik dengan kepetahan mereka.




Walaupun corak dan konsep yang ditampilkan dalam Berita Adik lebih santai dan tidak begitu forma,l namun ia sarat dengan maklumat dan fakta berguna kepada penonton. Kebanyakan aktiviti dan acara yang berlaku di sekitar bandaraya dan seluruh negara turut dipaparkan dalam rancangan ini yang bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dari pelbagai sudut.

Apa yang lebih menarik lagi, pelbagai informasi terbaru berkaitan gajet-gajet terkini, permainan dan kepelbagaian makanan juga turut diselitkan. Para penonton yang bertuah juga boleh memenangi hadiah-hadiah menarik melalui kuiz-kuiz yang diwar-warkan oleh ketiga-tiga pengacara cilik itu.

Selain itu, Berita Adik akan mengetengahkan program-program yang akan bersiaran di TV9 seperti drama, telefilem, rancangan realiti dan banyak lagi. Di samping itu juga, info berkaitan cuaca, fakta lucu dan trivia serta kuiz mencuri perhatian para penonton khususnya kanak-kanak. Penyampaian berita yang ringkas tetapi penuh dengan informasi dan fakta berguna sesuai ditonton oleh semua peringkat umur.

2 Komen:

Anonymous said...

saya perlukan maklumat tentang UJIBAKAT UNTUK KANAK-KANAK MENJADI PENGACARA yg muncul di kaca televisyen.. sekarang ini sudah tiada lagi iklan tentang itu.saya perlukan maklumat itu segera..~

Anonymous said...

saya nak jadi jurucakap.. nak ikut jejak mak saya... kalau ada tlg bagitahu saya!

Post a Comment

 

ZONFINITI