Pengantin baru maut terhidu gas di malam pertama

Sunday, December 26, 2010

Sepasang pengantin baru di Jordan mati lemas akibat terhidu gas karbon dioksida dari alat pemanas yang terpasang sepanjang malam di rumah mereka di selatan wilayah Zarqa semalam.

Menurut ketua pertahanan awam tempatan, Kolonel Mohammed al-Malaba, kejadian berlaku selepas pasangan muda itu meraikan perkahwinan mereka.

Tragedi seperti ini sering berlaku di Jordan kerana kebanyakan keluarga mengguna alat pemanas yang murah. Tahun lalu lapan orang terbunuh dalam 60 kejadian serupa. - AFP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI