Konsert Rock The World 2010,Stadium Bukit Jalil, 26 Disember

Friday, December 17, 2010

Where: Parking A, Stadium Bukit Jalil
When: December 26, 2010

Sebuah konsert hebat Rock The World 2010 bakal menutup tahun 2010 berlangsung di Tempat Letak Kereta A, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 Disember ini. Kemeriahan acara itu akan bermula dari jam 10 pagi dan berlanjutan sehingga tengah malam.


Khusus meraikan dekad pertama penganjuran konsert terhebat di Kuala Lumpur itu, Rock The World 10 membariskan kumpulan muzik terbaik dihimpunkan daripada versi konsert sebelumnya. Ia bakal memberikan kepuasan kepada semua peminat muzik terutama yang setia mengikuti trilogi konsert itu sejak mula diperkenalkan pada 2000.

Dijanakan Elevate, konsert itu mempersembahkan 19 kumpulan muzik terbaik seperti Azlan & The Typewriter, Bunkface, Pop Shuvit, Disagree, Bittersweet, The Pilgrims dan Gerhana Ska Cinta. Turut beraksi Massacre Conspiracy, Skudap Skudip, Couple, Bleeding Mascara, Sevencollar T-Shirt, The Will Kill Us, Dragon Red dan Love Me Butch.

Tiket masuk berharga RM30 boleh didapati di rangkaian TicketPro dengan menghubungi talian khidmat pelanggan di 03 - 7880 7999. Tiket juga boleh diperoleh di rangkaian Rock Corner, Music Valley serta pintu masuk pada hari konsert.

Maklumat berkaitan konsert boleh melayari: www.rocktheworld.com.my.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI