Ana Raffali + Monoloque = Analoque (Konsert Analoque)

Thursday, December 09, 2010

Konsert Analoque - Ana Raffali & Monoloque yang berkonsep akustik akan diadakan pada 19 Disember ini.

Lokasinya di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Tiket berharga RM59, Konsert Analoque akan berlangsung selama dua sesi iaitu pada jam 3 petang dan 8.45 malam. Penganjur, Helmi Antong, berkata pemilihan mereka ini bukan melulu kerana dibuat berdasarkan kajian pelbagai sumber. Melihatkan reaksi positif, pihaknya yakin dengan sambutan peminat lalu mengusulkan kertas cadangan yang diterima baik Istana Budaya (IB).

Persembahan Ana Raffali akan diiringi pemuziknya The Marhaens yang dibarisi oleh pemuzik Aidit Alfian, GG, Geeka, Pito, Rohnie dan Nazrin. Monoloque pula dibarisi oleh barisan asal Butterfingers iaitu Loque, Kadax, Loko, Ijoo dan Adam. Hampir 30 buah lagu akan dinyanyikan mereka. Pentas akan dibuka oleh Monoloque yang menampilkan lagu dari zaman kegemilangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, R Azmi serta pada zaman kegemilangan Butterfingers dan Monoloque.



Peminat yang mahu menonton boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket box-office, IB serta boleh melayari www.ticket2u.biz.


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI