Ramlah kini bertudung

Thursday, November 11, 2010


SUDAH lama memendam hasrat untuk berhijrah imej, Ramlah berazam untuk mengekalkan imej barunya ini.


DULU lain sekarang lain. Penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hati Mu, Ramlah Ram sebelum ini pernah tampil dengan imej berambut pendek dan pelbagai gaya rambut.

Namun ketika membuat kemunculan sebagai artis jemputan pada acara Muzik-Muzik Separuh Akhir yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin lalu, Ramlah tampil dengan imej bertudung.

Ramlah yang sebelum ini yang mendapat liputan meluas berikutan perceraiannya setelah 10 tahun berkahwin, kelihatan tenang tatkala ditemui untuk menjelaskan mengenai perubahan imej itu.

Menurut Ramlah, dia sudah lama berminat untuk bertudung tetapi baru sekarang dia mampu melunaskan hasratnya itu.

“Masa untuk saya bertudung sudah sampai dan ini merupakan satu penghijrahan ke arah imej yang lebih baik dan mungkin sesuai dengan lagu-lagu yang saya bawakan,” beritahunya.

Tambah Ramlah, keluarganya tidak pernah memaksa dirinya untuk memakai tudung dan majoriti peminatnya menerima dengan terbuka imej barunya itu.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI