The Iron Lady drama terbaik

Thursday, September 30, 2010

Buat julung kalinya, majlis anugerah Golden Awards dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dari kalangan Cina tempatan yang memberi sumbangan kepada perkembangan hiburan Malaysia.

Menariknya, acara ini dibawakan secara langsung menerusi stesen ntv7 selaku penganjur yang dipancarkan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu lalu.

Lebih sekadar acara penyampaian trofi kepada pemenang, pengiktirafan cukup bermakna kerana ia menjadi platform penggiat seni seperti produser, pelakon dan kru belakang tabir berkumpul.

Istimewanya, acara ini turut menyaksikan artis antarabangsa dari Hong Kong hadir memberikan sokongan.

Sebanyak 19 anugerah dipertandingkan. Anugerah ini diberikan kepada artis dan program berbahasa Cina termasuk berita, majalah, hiburan dan drama yang disiarkan menerusi ntv7.

Tentunya, kategori utama iaitu Drama, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik menjadi perhatian tetamu yang hadir pada malam itu.

Untuk Drama Terbaik, keputusan memihak kepada The Iron Lady.

Aktor Melvin Sia yang membintangi drama Romantic Delicacies menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik manakala kategori wanita diberikan kepada Yeo Yann Yann yang menunjukkan lakonan mantap menerusi The Iron Lady.
Click Here

Yann Yann berkata, dia cukup menghargai anugerah yang diterima yang dianggap sebagai perangsang untuk pencapaian lebih baik pada masa akan datang.

“Saya rasa amat bertuah untuk menerima anugerah ini. Ia memberi pengiktirafan pada sumbangan saya dalam bidang lakonan,” katanya.

Turut mencuri perhatian, kategori Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik dimenangi Ernest Chong menerusi My Kampong Days manakala Seck Fook Yee (The Iron Lady). Bagi kategori Pelakon Baru Terbaik diberikan kepada Yise Loo (Goodnight DJ).

Untuk kategori Bukan Drama menyaksikan penyampai Owen Yap mengungguli dua anugerah iaitu Hos Berita dan Hal Ehwal Semasa Terbaik serta Hos Program Variety dan Hiburan Terbaik.

Anugerah Hos Program Majalah Terbaik dimenangi Chan Wei Wei manakala Cherly Lee menerima anugerah Hos Program Realiti Terbaik.

Pada acara kemuncak pula, pelakon Melvin Sia dan Debbie Goh meraih undian tertinggi penonton untuk anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Popular. Begitu juga, penonton memilih drama The Iron Lady sebagai pemenang yang layak untuk anugerah Drama Paling Popular.

Memberi kenangan pada malam itu, aktres veteran yang cukup popular iaitu Lai Meng menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat atas sumba­ngannya lebih setengah abad. Kehebatan aktres berusia 83 tahun ini memang tidak dapat dinafikan apatah lagi sejak zaman siri Empat Sekawan.

Dalam pada itu, beberapa artis tempatan dan antarabangsa diberi peluang sebagai penyampai anugerah antaranya, Fish Leong, Nicholas Teo, Jac Wu, Thomas, Jack dan Chen Jia Kai. Kesemua 19 pemenang menerima trofi dan wang tunai RM5,000.


Senarai pemenang:

Anugerah Khas:

Pencapaian Sepanjang Hayat - Lai Meng

Kategori Drama:

1. Drama Terbaik - The Iron Lady
2. Pelakon Lelaki Terbaik - Melvin Sia (Romantic Delicacies)
3. Pelakon Wanita Terbaik - Yeo Yann Yann (The Iron Lady)
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Ernest Chong (My Kampong Days)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Seck Fook Yee (The Iron Lady)
6. Pelakon Baru Terbaik - Yise Loo (Goodnight DJ)
7. Lagu Tema Drama Terbaik - The Iron Lady (Penyanyi: You Di)

Kategori Bukan Drama:

1. Program Berita dan Hal-ehwal Semasa Terbaik - Siasat Mandarin (Kes Pekerja Asing)
2. Hos Berita dan Hal Ehwal Semasa Terbaik - Owen Yap
3. Program Majalah Terbaik - My Home
4. Hos Program Majalah Terbaik - Chan Wei Wei (Finding Angels)
5. Program Realiti Terbaik - Ultimate Power Group
6. Hos Program Realiti Terbaik - Cheryl Lee (Project Superstar 3)
7. Program Variety & Hiburan Terbaik: Double Triple Or Nothing
8. Hos Program Variety & Hiburan Terbaik: Owen Yap (Deal Or No Deal)

Kategori Pilihan Penonton:

1. Drama Paling Popular - The Iron Lady
2. Pelakon Lelaki Paling Popular - Melvin Sia
3. Pelakon Wanita Paling Popular - Debbie Goh
4. Hos/Penyampai Bukan Drama Paling Popular - Gary Yap

Oleh Elrafaei Sapi


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI