Angelina Jolie tiada kawan rapat

Monday, September 13, 2010

Beliau adalah seorang wanita paling cantik di dunia dengan pasangannya yang amat didambakan wanita, dikurniakan anak-anak yang comel, kerjaya yang bergemerlapan dan jutaan wang dalam bank.



Namun satu perkara yang tidak dimiliki Angelina Jolie ialah rakan baik yang dapat berkongsi suka dukanya.

Aktres berkenaan mendedahkan perkara itu kepada pemberita CNN, Sanjay Gupta, menerusi satelit dari Pakistan. Beliau menaikkan profil mangsa banjir menerusi peranannya sebagai Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Apabila ditanya bagaimana beliau menangani tekanan emosi tugasnya, Jolie membuat pengakuan bahawa satu-satunya rakan yang boleh dibawa berbincang ialah pasangannya, Brad Pitt.

“Saya bercakap dengan keluarga dan Brad, beliau mahu tahu sebanyak mungkin mengenai isu terbabit dalam setiap kunjungan,” kata Jolie. – Agensi



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI