Ahli Perniagaan Menang Loteri RM48 Juta

Thursday, September 30, 2010

Seorang ahli perniagaan telah memenangi wang tunai sejumlah RM47.82 juta yang merupakan cepumas loteri atau jackpot terbesar di Malaysia.

Sports Toto Malaysia Sdn Bhd berkata, cepumas tertinggi sebelum itu adalah RM20.9 juta yang dikeluarkan pada Disember 2008.

Difahamkan, ahli perniagaan yang berusia 50an itu mengetahui kemenangan tersebut menerusi laman web Sports Toto pada malam Selasa selepas keputusan diumumkan.

“Dia tidak percaya tentang berita itu sehingga tergamam untuk seketika sebelum meminta isterinya mengesahkan kemenangan itu berulang kali,” kata jurucakap Sports Toto dalam satu kenyataan semalam.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan amat gembira sehingga tidak dapat tidur dan tidak sabar untuk menebus hadiah wang tunai daripada ibu pejabat Sports Toto di Kuala Lumpur.

Difahamkan, ahli perniagaan itu merupakan pengikut setia bagi Sumpreme Toto 6/58 sejak permainan itu dilancarkan pada 20 Mac.

Kebiasaannya dia bertaruh sebanyak RM20 bagi setiap permainan yang memberikannya 10 peluang untuk mendapatkan cepumas.

Nombor kemenangannya adalah 8, 11, 19, 22, 54 dan 55 yang kesemuanya dipilih secara rawak dan berkomputer.

“Pasangan itu berkata mereka tidak hanya menggunakan wang kemenangan itu untuk mereka sendiri bahkan akan menyalurkan sebahagiannya kepada badan kebajikan.

“Mereka juga mahu membantu orang di sekeliling terutama adik-beradik yang tidak kukuh dari segi kewangan dan mereka yang terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan,” kata jurucakap Sports Toto itu lagi.

Sports Toto pada bulan lalu telah menawarkan dua kemenangan terbesar dengan cepumas berjumlah RM17.55 juta.



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI