Petua: Tapak khemah perlu sesuai

Friday, August 20, 2010

Aktiviti memancing seharian atau bermalam di kawasan hutan berhampiran sungai, lombong atau tasik sangat menyeronokkan tambahan pula lubuk yang dikunjungi didiami banyak ikan idaman.

Sebelum memacakkan khemah di kawasan itu, anda dinasihat memerhatikan kawasan sekeliling yang jauh dari tebing sungai atau terletak di bawah pokok yang besar.

Rasional mengikut pendapat orang tua-tua bahawa kawasan tebing sebegini kerap dihuni makhluk halus seperti jin dan syaitan yang dikatakan gemar bermain persisiran di tempat ini. Bawah pokok pula, dibimbangkan ranting kayu reput akan menimpa khemah anda. Namun dari rasionalnya, berkhemah di tebing sungai mendedahkan anda kepada bahaya seperti dihanyutkan ‘kepala air’ atau banjir kilat ketika waktu tidur.

Justeru carilah kawasan lapang yang terletak kira-kira 50 meter dari tebing sungai, tasik atau lombong agar perkara ini tidak berlaku kerana dua masalah tadi. Sekiranya tidak dielakkan, aktiviti terbabit mungkin akan terbatas atau membantutkan rezeki anda.

Bagi menjaminkan keselamatan luaran khemah pula, anda dinasihat menaburkan belerang kuning di keliling khemah bagi mengelakkan kehadiran binatang buas dan berbisa seperti ular dan jengking daripada memasuki kawasan perkhemahan.

Pastikan anda menaburkan belerang selepas saja khemah siap didirikan. Belerang yang berwarna kuning seakan-akan serbuk kari boleh dibeli di kedai yang menjual peralatan kembara dengan harga yang amat berpatutan.

Dikatakan fungsi wap daripada belerang ini berupaya menghalau binatang berbisa seperti ular, kala jengking serta lipan memasuki khemah anda. Ingat sebelum kena!


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI