Drama Durja Ningsun (Sinopsis)

Thursday, August 26, 2010

Sinopsis Drama Durja Ningsun

Durja Ningsun

Drama Durja Ningsun bermula dengan Aria (lakonan Erin Malik) yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus, sejak berusia 14 tahun. Aria sering dirasuk dan bermimpi mengenai kisah silam dunia Ningsun.

Akhirnya, Aria sembuh selepas dirawat secara tradisional oleh datuknya, Syaaban (Abu Bakar Juah). Kini, Aria sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejururawatan profesional. Rakan baiknya, Aliff (Aeril Zafrel) pula belajar bidang seni grafikdi kolej berhampiran.

Bermulalah hidup Aria di asrama kolej yang diubah suai daripada bangunan kolonial lama. Di sana, Aria berkenalan dengan Myra, Nurlida, Suhana dan seniornya, Yasmin yang tidak berapa menyukainya.

Aria mula berasakan ada sesuatu yang memerhati dan mengekorinya di asrama itu. Gangguan awal mula berlaku. Namun, Aria masih berjaya menguatkan semangatnya dan hanya menceritakan segalanya kepada Aliff kerana mahu berahsia daripada ibu bapanya.
Episod Drama Durja Ningsun

Ibu Aria, Azlin (Eja) mula bimbang mengenai Aria dan mengadu kepada suaminya, Kamal (Eizlan Yusuf). Kamal menyuruh isterinya lebih melakukan amalan agama daripada percaya adanya gangguan hantu.

Yasmin mahu menguji Aria lalu dia merancang satu upacara mistik yang selalu diadakan pelajar senior walaupun dibantah warden mereka, Ustazah Tahirah (Aida Aris).

Upacara mistik umpama animisme dilakukan di bilik terbiar dan akhirnya mengundang padah apabila Ningsun hadir dan merasuk ke badan Aria.

Sejak itu, Aria sering diganggu Ningsun dan dia mahu mengetahui apakah rahsia di sebalik gangguan yang terus menghantui hidupnya sekian lama.

Sedikit demi sedikit, kebenaran berjaya dibongkarkan. Namun, apakah Aria dapat mententeramkan roh Ningsun yang sudah mula melakukan pembunuhan?

Slot seram, Durja Ningsun menemui penonton TV3, setiap Khamis, jam 9.30 malam, mulai 19 Ogos lalu.

Drama bersiri 13 episod, Durja Ningsun arahan Ahmad Idham ini menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Erin Malik, Eizlan Yusof, Aeril Zafrel, Abu Bakar Juah, Aida Aris dan Faralyna Idris.

Drama bersiri ini menyaksikan kemunculan pelakon Siti Sharizah Saifuddin atau Eja yang kembali beraksi di kaca televisyen selepas berehat sekian lama.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI