David dan Victoria Beckham pecat pekerja

Sunday, August 22, 2010

Gerun dengan amaran akauntan, pasangan David dan Victoria Beckham menamatkan perkhidmatan satu pertiga pembantu mereka bagi mengelakkan pembaziran.
Istana mereka di England.



Baru-baru ini, Victoria dilaporkan mendapatkan perkhidmatan pakar kewangan untuk mengaudit cara hidup mereka dan merombak perbelanjaan semasa.

Sumber berkata, tindakan itu dibuat selepas Victoria beranggapan, cara hidup bermewah-mewah tidak sesuai dilakukan ketika orang lain mengalami kesempitan.

Katanya, hasil pemeriksaan akauntan itu, dia diberitahu, mereka membazirkan berjuta-juta ringgit setahun untuk kakitangan lebihan di kediaman mereka di England, Los Angeles, Dubai dan Perancis.

“Akauntan itu tidak berkias-kias memberikan pandangannya kepada pasangan Beckham.

“Katanya, walaupun berkemampuan menggaji ramai kakitangan di kediaman mereka, tiada sebab untuk pasangan itu mencurahkan banyak wang untuk sesuatu yang tidak perlu,” katanya.



Justeru, kata sumber itu, perunding kewangan itu mencadangkan sejumlah pemotongan dibuat di rumah mewah Beckham di Sawbridgeworth, Herts, selain di Los Angeles.

Pada awalnya Beckham, 35, dan Victoria, 36, keberatan untuk mengikut nasihat berkenaan.

Bagaimanapun, selepas diyakinkan, pasangan itu bersetuju memberhentikan 14 daripada hampir 50 kakitangan yang berkhidmat di kediaman mewah mereka.

Antara yang diberhentikan adalah tukang cuci yang bekerja sejak lapan tahun lalu dan dia digantikan dengan dua warga asing yang diberi gaji lebih rendah.

Ketua tukang kebun pula terpaksa menjadi pemandu kepada pasangan itu bagi menjimatkan kos.

Enam daripada tujuh tukang kebun di Bargemon, selatan Perancis, juga ditamatkan perkhidmatan mereka.

Memiliki harta bernilai RM558 juta, pasangan Beckham mempunyai dua pembantu peribadi di Sepanyol, selain enam pemandu di seluruh dunia. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI