Cara ikat bow-tie

Wednesday, August 25, 2010

Tidak lagi terhad digayakan ke majlis formal dan rasmi, penggayaan bow-tie atau tali leher kupu-kupu menjadi sebahagian daripada terma fesyen aliran terkini digemari golongan muda. Biarpun kebanyakan bow-tie yang dijual di pasaran siap dibentuk mengikut kesesuaian pemakainya,di sini diturunkan langkah demi langkah mengikat bow-tie secara manual. Pelajari langkah ini...



1. Gantung kedua bahagian tali bow-tie di leher dengan membahagikan kedua bahagian A dan B. Pastikan bahagian A lebih dua inci panjang daripada garis akhir bahagian B.

2. Kemudian, tali bahagian A dilekatkan di bahagian atas tali bahagian B.

3. Masukkan tali bahagian A di bawah lingkaran.

4. Sekarang, bentukkan bahagian B menjadi asas depan kupu-kupu.

5. Tali bahagia A dibawa ke depan untuk membentuk proses seterusnya.

6. Bentukkan semuanya di tempat terakhir dengan bahagian A menekan bahagian B, sekali gus membentuk menjadi kupu-kupu.

7. Perbetulkan asas bow-tie dengan menarik-narik menjadikan ia seimbang dan sedia untuk digayakan.


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI