Bangsar Seafood Garden Restaurant Halal

Sunday, August 22, 2010

Tak salah sekali-sekala memanjakan diri dengan hidangan luar daripada kebiasaan untuk berbuka puasa. Hari ini, anda mungkin boleh mencuba hidangan Kantonis sebagai alternatif kepada masakan Melayu atau masakan kampung yang dinikmati saban hari.

Terletak di di ibu kota, Bangsar Seafood Garden Restaurant memperkenalkan hidangan Kantonis yang disahkan halal.

Diketuai oleh Chef Lee Kum Weng, 40, antara hidangan menarik yang perlu dicuba ialah ayam garing tanpa tulang dengan sos Mongolia, sup sirip ikan yu, ayam rangup tanpa tulang dengan sos Mongolia, udang goreng dengan bijirin rangup, ikan bawal dengan sayur masin dan hidangan pencuci mulut.

"Hidangan ini dihasilkan melalui ciptaan saya sendiri. Saya telah merasa banyak hidangan restoran-restoran Kantonis yang lain. Dari situ saya cuba membuat kelainan," ujar chef yang berpengalaman selama dua dekad dalam bidang masakan itu.

Restoran itu menjemput muslimin muslimat berbuka puasa dengan pelbagai sajian menarik pada tawaran harga bermula dari RM498 sehingga RM938 untuk sepuluh orang. Restoran itu menawarkan hidangan yang segar dan eksklusif, selain lengkap dengan kemudahan parkir yang luas dan surau.

Jangan lupa abadikan kenangan manis bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan pada bulan Ramadan ini di restoran yang beroperasi selama dua dekad itu dengan hidangan pencuci mulut seperti sagu mangga dingin, aloe vera dan pastri Cina sebelum pulang ke rumah. - SYALMIZI HAMID


 Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI