Selebriti Paling Berpengaruh 2010

Wednesday, June 30, 2010

Artis wanita menguasai tiga daripada lima tempat teratas dalam senarai selebriti Paling Berpengaruh 2010, yang dikeluarkan oleh majalah Forbes.

Hos rancangan televisyen, Oprah Winfrey dianggarkan memperolehi pendapatan berjumlah AS$315 juta (RM1.2 bilion), sekali gus meletakkannya dalam senarai teratas carta berkenaan buat kali keempat.

Oprah merampas kembali kedudukan teratas daripada penyandang tahun lalu, Angelina Jolie yang kini menduduki tangga ke-18.

Penyanyi popular, Beyonce pula menduduki tempat kedua dengan pendapatan tahunannya dianggarkan berjumlah AS$87 juta (RM281.34 juta) yang diperolehinya melalui konsert jelajah dunia serta penjualan album.

Menurut Forbes, para selebriti terus mengukuhkan kewangan mereka dengan pendapatan terkumpul untuk jangka masa setahun berjumlah AS$4.7 bilion (RM15.2 bilion).

Selain itu, pengarah filem Avatar, James Cameron kembali buat kali pertama sejak 1999 berada di dalam senarai carta selepas menduduki tempat ketiga dengan pendapatan berjumlah AS$2.7 bilion (RM8.73 bilion).

Bintang pop popular, Lady Gaga tersenarai buat kali pertama dalam senarai tersebut dengan pendapatan berjumlah AS$2.7 bilion (RM8.73 bilion).

Juara golf dunia, Tiger Woods turut berada di dalam senarai apabila menduduki tangga kelima apabila memperolehi pendapatan berjumlah AS$105 juta (RM339.57 juta), walaupun sedang dibelenggu dengan video skandal seks.

"Dia mampu memperoleh pendapatan sebanyak AS$105 juta (RM339.37 juta) walaupun jumlah itu mungkin akan berkurangan apabila perniagaannya terjejas akibat krisis kewangan global," lapor Forbes. - REUTERS

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI