Pelatih PLKN dilindungi insurans

Saturday, May 29, 2010

Perlindungan insurans untuk pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan bermula tiga hari sebelum pendaftaran dan berakhir selepas tujuh hari tamat latihan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, justeru ibu bapa boleh membuat tuntutan sekiranya anak mereka terlibat dalam kemalangan dan sebagainya, jika kejadian berlaku dalam tempoh tersebut.

"Sekiranya pelatih terlibat dalam kemalangan atau kematian tiga hari sebelum mendaftar atau tujuh hari selepas menjalani latihan, ibu bapa pelatih boleh membuat tuntutan insurans daripada jabatan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam kes melibatkan kematian pelatih, ibu bapa atau keluarganya juga diberi wang khairat kematian.

Sementara itu mengulas PLKN Kumpulan 3 Siri 7/2010 yang akan bermula 10 Jun ini, Abdul Hadi berkata seramai 53,530 pelatih akan mengikutinya. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI