Mael XPDC dera anak

Tuesday, May 18, 2010

Vokalis kumpulan rock XPDC, Mael mengaku salah di Mahkamah Majistret Tangkak di sini semalam atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya yang berusia 16 tahun di tangan dan kaki gadis itu pada 9 Mei lalu.


Penyanyi berkenaan atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim, 42, mengaku melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan Ahmad, Tanjung Agas pada pukul 7.30 malam Ahad minggu lalu.

Dalam kenyataan pihak pendakwaan, tertuduh telah memukul anaknya di bahagian kaki dan tangan menggunakan rotan dan tangan tertuduh.

Majistret Salina Omar kemudian menetapkan denda sebanyak RM500 sebagai hukuman setelah mendengar rayuan daripada tertuduh yang memberitahu dia mempunyai tanggungan lima orang anak.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI