Ruang Kedua Marsha

Monday, April 19, 2010

Ruang Kedua Marsha

Cantik, menggoda dan seksi merupakan kata kunci untuk mendedahkan identiti Marsha Milan Londoh. Dia bukanlah artis berprofil tinggi namun wanita dari Tamparuli, Sabah itu nyata berbekas di hati penggemar seni. Kelibatnya mula dipertontonkan menerusi Akademi Fantasia musim ketiga. Kini, Marsha semakin terpancar di mata pengikutnya sebagai penyanyi dan pelakon yang sedang mengukir nama.

Sejak Disember lalu, jadualnya terisi dengan penggambaran Hotel Mania dan Kita yang sudahpun bersiaran di saluran televisyen. Bebas dari lokasi dua drama bersiri itu, Marsha mahu menggunakan sedikit masa terluang kini dengan single terbarunya, Ruang Kedua. Lebih menarik lagu berkenaan menyatukan suara Marsha dengan seorang penyanyi terkenal dari Paris, Julian Cely. Itu pencapaian buat Marsha, 25, yang bakal tampil dengan album studio bersama Alibi Music, selewat-lewatnya hujung tahun nanti.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI