Pelakon remaja Barat berpendapatan paling lumayan

Wednesday, April 21, 2010

Remaja siri filem Harry Potter mengetuai senarai kumpulan paling berjaya dalam industri lakonan.

Daniel Radcliffe
Tarikh Lahir: 23 Julai 1989
Asal: Hammersmith, London
Emma Watson
Tarikh Lahir: 15 April 1990
Asal: Paris, Perancis
Rupert Grint
Tarikh Lahir: 24 Ogos 1988

Asal: Harlow, Essex
Kutipan karier: AS$4.4 bilion (RM14.1b)

Daripada enam filem dalam siri itu, Filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban mencatat kutipan paling rendah, tetapi masih mencatatkan jualan tiket berjumlah AS$800 juta (RM2.6 bilion). Buku terakhir dibahagikan kepada dua filem yang akan ditayangkan di pawagam pada musim luruh tahun ini dan musim panas tahun depan.


Dakota Fanning
Tarikh Lahir: 23 Februari 1994
Asal: Conyers, Georgia
Kutipan karier: AS$2 bilion (RM6.4b)

REMAJA berusia 16 tahun ini mula berlakon sebagai anak aktor Sean Penn dalam filem I Am Sam pada 2001. Pada 2007, dia berdepan dengan kontroversi dalam filem Hounddog yang kemudian dikenali sebagai filem rogol Dakota. Namun, pelbagai pihak memuji lakonan mantapnya sebagai penyanyi rock remaja dalam filem The Runaways.

Kristin Stewart
Tarikh Lahir: 9 April 1990
Asal: Los Angeles, California
Kutipan karier: $1.5 bilion (RM4.8b)

KRISTIN terkenal hasil lakonan mantapnya sebagai Bella Swan dalam filem Twilight. Dia mula berlakon sejak 2002 dalam filem Panic Room arahan David Fincher bersama aktres Jodie Foster. Selepas ini dia akan muncul bersama Dakota dalam filem The Runaways.

Taylor Lautner
Tarikh Lahir: 11Februari 1992
Asal: Grand Rapids, Michigan
Kutipan karier: AS$900 juta (RM2.9b)

NAMA Lautner dikenali ramai selepas membawa watak lelaki serigala jadian, Jacob dalam filem New Moon. Dia kini antara remaja paling laris di Hollywood. Bintang muda ini bakal membintangi dua filem, Max Steel diterbitkan Paramount dan Stretch Armstrong. Dia dilapor memperoleh bayaran AS$7.5 juta (RM24 juta) untuk setiap filem.



Abigail Breslin
Tarikh Lahir: 14 April 1996
Asal: New York
Kutipan karier: AS$516 juta (RM1.65b)

AKTRES berusia 13 tahun ini terkenal dengan lakonan mencuit hati ramai dalam filem Little Miss Sunshine pada 2006. Abigail membawa watak Olive dan sejak itu namanya dilihat bakal menyinar di Hollywood. Hingga kini Abigail sudah berlakon dalam lapan filem sejak muncul dalam filem Signs lapan tahun lalu.

Michael Cera
Tarikh Lahir: 7 Jun 1988
Asal: Brampton, Ontario, Kanada
Kutipan karier: AS$513 juta (RM1.64b)

KARIER Cera dalam dunia lakonan bermula dengan siri televisyen, Arrested Development. Lakonannya sebagai anak lelaki Jason Bateman, George Michael memikat penerbit filem dan sejak itu dia membintangi filem box office, seperti Juno dan Superbad. Khabar angin bertiup kencang menyatakan Cera akan membawa watak Gilligan dalam filem terbaru yang diadaptasi daripada siri televisyen popular 1970-an itu.

Emma Stone
Tarikh Lahir: 6 November 1988
Asal: Scottsdale, Arizona
Kutipan karier: AS$350 juta (RM1.12b)

EMMA berjaya memegang watak gadis remaja yang matang dalam filem Superbad. Tahun lalu dia berlakon di samping Woody Harrelson dalam filem Zombieland yang mencipta kejutan di pasaran. Filem itu memperoleh kutipan tiket AS$102 juta (RM326.3 juta) dan lakonannya berjaya meletakkan namanya di antara lapan aktres remaja terbaik di majalah Vanity Fair.

Miley Cyrus
Tarikh Lahir: 23 November 1992
Asal: Nashville, Tennessee
Kutipan karier: AS$226 juta (RM723j)

AKTRES remaja ini belum mampu keluar daripada kepompong watak Hannah Montana yang dibawanya tapi pada masa sama mengambil kesempatan terhadap populariti itu. Dua filem Hannah Montana lakonannya mengaut kutipan tiket AS$226 juta (RM723 juta). Filem terbarunya, The Last Song bakal menjadi pentas buat Miley membuktikan bakatnya.
19xxrema8

Saoirse Ronan
Tarikh Lahir: 12 April 1994
Asal: New York
Kutipan karier: AS$191 juta (RM611j)

SAOIRSE dicalonkan untuk anugerah Oscar pada 2007 hasil lakonan mantapnya dalam filem Atonement ketika usianya baru mencecah 13 tahun. Bakatnya berjaya memikat pengarah terkenal, Peter Jackson yang mengambilnya berlakon dalam filem arahannya, The Lovely Bones pada musim sejuk lalu. Filem itu gagal cemerlang di anugerah Oscar seperti diharapkan dan The Lovely Bones hanya memperoleh kutipan tiket AS$62 juta (RM198.3 juta).
19xxrema9

Emma Roberts
Tarikh Lahir: 10 Februari 1991
Asal: Rhinebeck, New York
Kutipan karier: AS$127 juta (RM406j)

MESKIPUN Emma adalah anak saudara bintang Hollywood, Julia Roberts, dia bagaimanapun memiliki kelebihan tersendiri untuk menjadi bintang remaja. Filem lakonannya, Hotel for Dogs tahun lalu mengaut kutipan tiket memberangsangkan, AS$73 juta (RM233.5 juta). Kini, dia bakal tampil dalam beberapa filem lagi, termasuk filem seram What's Wrong With Virginia yang turut dibintangi Jennifer Connelly.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI