Soi Lek letak jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA

Thursday, March 04, 2010

Soi Lek letak jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA
04/03/2010 3:14pm

KUALA LUMPUR 4 Mac – Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat untuk membolehkan pucuk pimpinan MCA mengadakan pemilihan parti dalam tempoh sebulan ini.

“Setakat ini, lapan ahli Jawatankuasa Pusat (CC) parti, termasuk saya, telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan.

“Ini menepati perlembagaan parti fasal 14 supaya pemilihan parti diadakan dalam tempoh sebulan ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di Wisma MCA di sini petang ini. – Utusan

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI