Siaran Langsung Oscars Di ntv7 ( Academy Awards ke-82 )

Thursday, March 04, 2010


Academy Awards ke-82 akan disiarkan secara langsung di ntv7 pada 8 Mac, jam 9.30 pagi.

Sepuluh filem bertanding tahun ini untuk gelaran Filem Terbaik, berbeza daripada tahun-tahun lalu dimana hanya lima filem yang dicalonkan. Antaranya, 'Avatar' dan 'The Hurt Locker' yang meraih nominasi paling banyak dengan sembilan pencalonan, diikuti 'Inglorious Basterds' dengan lapan.


Oscars kali ini akan diacarakan oleh pelawak terkenal Steve Martin dan bintang '30 Rock', Alec Baldwin. Mereka akan ditemani barisan penyampai seperti Sacha Baron Cohen, Jason Batemen, Steve Carell, Tina Fey dan Ben Stiller.

Berikut antara kategori utama yang akan menjadi tumpuan ramai:


Filem Terbaik
Avatar
The Blind Side
District 9
An Education
The Hurt Locker
Inglourious Basterds
Precious: Based on the Novel 'Push' by Sapphire
A Serious Man
Up
Up in the Air


Pengarah Terbaik
James Cameron ('Avatar')
Kathryn Bigelow ('The Hurt Locker')
Quentin Tarantino ('Inglourious Basterds')
Jason Reitman ('Up in the Air')
Lee Daniels ('Precious')


Pelakon Lelaki Terbaik
Jeff Bridges ('Crazy Heart')
George Clooney ('Up In The Air')
Colin Firth ('A Single Man')
Morgan Freeman ('Invictus')
Jeremy Renner ('The Hurt Locker')

Pelakon Wanita Terbaik
Sandra Bullock ('The Blind Side')
Helen Mirren ('The Last Station')
Carey Mulligan ('An Education')
Gabourey Sidibe ('Precious')
Meryl Streep ('Julie & Julia')

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Matt Damon ('Invictus')
Woody Harrelson ('The Messenger')
Christopher Plummer ('The Last Station')
Stanley Tucci ('The Lovely Bones')
Christoph Waltz ('Inglourious Basterds')

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Penélope Cruz ('Nine')
Vera Farmiga ('Up in the Air')
Maggie Gyllenhaal ('Crazy Heart')
Anna Kendrick ('Up in the Air')
Mo'Nique ('Precious')

Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan acara antarabangsa tahunan yang paling dinanti-nantikan ini secara langsung pada 8 Mac, jam 9.30 pagi di ntv7. Siaran ulangan akan disiarkan pada 13 Mac pada pukul 12 tengah malam.

Source: Gua

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI