Sumpah sudah ceraikan Ida Nerina

Saturday, February 27, 2010

Bekas pemain gitar kumpulan Blackrose, Sha'arin Mohd. Razali sanggup mengangkat sumpah bagi mempertahankan lafaz cerai yang didakwa dibuat terhadap isterinya, aktres Ida Nerina Hussein tahun lalu.

Sha'arin, 40, juga akan memberi keterangan dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut pada 13 dan 21 April depan yang ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Terdahulu, Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin menetapkan tarikh itu di kamarnya setelah beliau dimaklumkan peguam bahawa Ida Nerina, 45, tidak hadir kerana berada di India bagi menjalani rawatan.

~ Kosmo

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI